Wednesday, December 2, 2009

Madinah

Kali ini nak bercerita pasal perjalanan menuju ke Madinah lak. Alhamdulillah aku dpt beraya di Madinah wpun x sempat ber solat sunat aidil adha di masjid Nabawi. Apakan daya aku hanya merancang hanya ALLAH yg menentukan segalanya. Setelah subuh,aku terus menuju ke rumah kawan di Compound King Fahd(kalau kat msia bole di panggil asrama utk pekerja2 spital). Aku solat sunat raya kat Masjid Salman. Kat sini yg pelik nya kalau solat sunat hari raya mereka tidak adakan di dlm masjid tp di dataran/padang yg luas berdekatan masjid. haaa ni gambar aku sempat snap lps solat.



Dlm pukul 8.30am(27Nov 2009), baru aku bertolak ke Madinah.Sepanjang perjalanan ke sana, aku melihat ada tasik2 buatan manusia hehehe...gurau jek....sebenarnya takungan air yg terjadi selepas hujan lebat di Jeddah semlm. hmmm....mesti korang tau kan pasal jeddah di landa banjir teruk...cam tsunami kecil.alhamdulillah kawasan umah aku x di naiki air. yg kena kws lain.so lebih kurang 4 jam kami pun smp di hotel Durrat Alandussia,kami smp betul org br kuar dr masjid mengerjakan solat Jumaat...so kelam-kabut sket la sbb ramai org melintas jln.

Lps c/in kami lepak jap pastu misi aku utk ke Raudhah pun bermula. Aku pergi solat berjemaah maghrib dan isya tanpa balik ke hotel. Kat sini Raudhah di bukak utk kaum wanita slps waktu solat zuhur,solat isya dan solat subuh.aku dan kawan pun menunggu la peluang utk ke sana. Alhamdulillah aku dpt solat di sana dan memilih tpt yg aku nak sbb aku smp dulu dr org lain.Apa lagi aku x melepaskan peluang solat sunat dan berdoa byk2.Orang x ramai sbb semua org luar berada di Makkah dan Mina utk melakukan ibadah haji, so yg tinggal org local dan expat cam kami ni la. Selepas tu, misi aku diteruskan slps solat subuh lak.....tp kali ni mencabar dan susah sket sbb aku masuk kemudian so kena tggu giliran la....tp x pe aku dpt jugak peluang solat disana.Cuaca kat madinah lak mmg sejuk sgtttt. pakai baju tebal pun terasa sejuk smp ke tulang. Enjoy the photos..ehheh amik slps waktu asar...

















Selepas solat asar, aku menuju ke masjid Quba' lak. Tempat ni mesti di lawati sbb masjid pertama di bina di bumi Allah ni dan ganjaran pahala nya macam mengerjakan umrah sekiranya kita mengambil wudhu' dr umah utk solat di sini. Aku dpt solat fardhu maghrib di sini alhamdulillah. Last sebelum esok aku balik misi ke Raudhah mesti diteruskan , kali ni ubah strategi dtg lewat sikit kira2 sejam sbl di tutup....perghhhh mmg bestttt sbb xde bertolak2 dan senang sgt utk melakukan solat. terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku utk dtg ke madinah dan masuk ke Raudhah.Kalau nk tgk byk gambar lg bole tgk lam FB

No comments: