Wednesday, December 30, 2009

Roti oh roti





Heheh...rajin la plak meng'update' blog. layan je la kan. kali ni nk cite pasal betapa murahnya roti kat sini. tp roti kat sini kebanyakannya keras2...mayb sebab menjadi kegemaran org arab. kalau kita makan kat restoren mesti akan dpt roti free. tp bukan roti yg aku nk tepek gambo kat sini la. roti jenis lain la...ala2 roti canai tp bukan roti canai laa...hahah apa la aku merepek ni. xpe la nnt kalau aku berkesempatan snap gambo roti tu. ok la ni, ni gambo roti yg aku beli ....rege cume SR1 jek...caya x??? kena caya la jugak ahahah.

Monday, December 28, 2009

tetamu haji

thn ni aku x buat haji sbb kat sini pass utk buat haji hanya akan diberi 5thn sekali je...so kalau nk merasa pegi lg kena la tunggu thn 2012.so kami cume layan tetamu haji aje la. thn ni omar ex-boss laki aku dan aku sekali masa keje kat UMM(anak sykt UN****) satu ketika dulu. la ni dah berkubur heheh di serapkan ke dlm UN****. dia dtg mengerjakan haji bersama isteri nya.so pd mlm sebelum dia bertolak ke msia kami meraikan dia di restoren sahara di jeddah, sebelum ni last wk nya kami membawa dia soping dan jln2 di jeddah juga dan mrk juga bermlm di umah aku.



dr kanan:khairi,fatah, din...baju cekelat tu my hubby



dr kiri: mak shikin din, saya dan puteri faridah(wife omar)



wife omar, omar dan hubby



setiap jemaah msia yg buat haji sbl balik ke msia akan dikumpulkan sementara di madinatul hujjaj di jeddah utk menimbang brg2 mereka sebelum bertolak ke airport.





bas yg baru smp dr makkah membawa jemaah haji..ada lam 7 buah sekali smp







gambar sebelum kejadian yg x di ingini ...hahah korang tgk la gambar bawah ni di mana kami berlari2 sbb dah kena halau ngan pegawai lam tu sbb kete laki aku parking kat bhg bas ...bas lak smp sekali 7 buah...kelam-kabut berlari nak alihkan kete...adoiii laaaa



ok la korang layan aje la gambar2 ni.

Wednesday, December 2, 2009

Madinah

Kali ini nak bercerita pasal perjalanan menuju ke Madinah lak. Alhamdulillah aku dpt beraya di Madinah wpun x sempat ber solat sunat aidil adha di masjid Nabawi. Apakan daya aku hanya merancang hanya ALLAH yg menentukan segalanya. Setelah subuh,aku terus menuju ke rumah kawan di Compound King Fahd(kalau kat msia bole di panggil asrama utk pekerja2 spital). Aku solat sunat raya kat Masjid Salman. Kat sini yg pelik nya kalau solat sunat hari raya mereka tidak adakan di dlm masjid tp di dataran/padang yg luas berdekatan masjid. haaa ni gambar aku sempat snap lps solat.



Dlm pukul 8.30am(27Nov 2009), baru aku bertolak ke Madinah.Sepanjang perjalanan ke sana, aku melihat ada tasik2 buatan manusia hehehe...gurau jek....sebenarnya takungan air yg terjadi selepas hujan lebat di Jeddah semlm. hmmm....mesti korang tau kan pasal jeddah di landa banjir teruk...cam tsunami kecil.alhamdulillah kawasan umah aku x di naiki air. yg kena kws lain.so lebih kurang 4 jam kami pun smp di hotel Durrat Alandussia,kami smp betul org br kuar dr masjid mengerjakan solat Jumaat...so kelam-kabut sket la sbb ramai org melintas jln.

Lps c/in kami lepak jap pastu misi aku utk ke Raudhah pun bermula. Aku pergi solat berjemaah maghrib dan isya tanpa balik ke hotel. Kat sini Raudhah di bukak utk kaum wanita slps waktu solat zuhur,solat isya dan solat subuh.aku dan kawan pun menunggu la peluang utk ke sana. Alhamdulillah aku dpt solat di sana dan memilih tpt yg aku nak sbb aku smp dulu dr org lain.Apa lagi aku x melepaskan peluang solat sunat dan berdoa byk2.Orang x ramai sbb semua org luar berada di Makkah dan Mina utk melakukan ibadah haji, so yg tinggal org local dan expat cam kami ni la. Selepas tu, misi aku diteruskan slps solat subuh lak.....tp kali ni mencabar dan susah sket sbb aku masuk kemudian so kena tggu giliran la....tp x pe aku dpt jugak peluang solat disana.Cuaca kat madinah lak mmg sejuk sgtttt. pakai baju tebal pun terasa sejuk smp ke tulang. Enjoy the photos..ehheh amik slps waktu asar...

















Selepas solat asar, aku menuju ke masjid Quba' lak. Tempat ni mesti di lawati sbb masjid pertama di bina di bumi Allah ni dan ganjaran pahala nya macam mengerjakan umrah sekiranya kita mengambil wudhu' dr umah utk solat di sini. Aku dpt solat fardhu maghrib di sini alhamdulillah. Last sebelum esok aku balik misi ke Raudhah mesti diteruskan , kali ni ubah strategi dtg lewat sikit kira2 sejam sbl di tutup....perghhhh mmg bestttt sbb xde bertolak2 dan senang sgt utk melakukan solat. terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku utk dtg ke madinah dan masuk ke Raudhah.Kalau nk tgk byk gambar lg bole tgk lam FB

Sunday, October 11, 2009

Rindu






Rindu...itu la yg terlintas di fikiran aku tatkala aku smp di Malaysia. Apabila sampainya aku di Jeddah, plan nk ke makkah semakin memuncak...rindu betul aku utk buat tawaf sunat dan utk merenung Kaabah.Pada hari jumaat (9oct,2009) selepas solat isya aku pun bertolak ke Makkah.sampai di sana lebih kurang pukul 10.15mlm. terus saja aku melakukan tawaf sunat...lebih kurang dlm 15min siap tawaf sunat ku. aku dan suami juga anak2 aku terus menuju ke hijr ismail utk melakukan solat sunat tawaf. orang x ramai waktu ini sbb sudah bermulanya musim haji wpun jemaah dr luar belum di benarkan masuk. ini adalah masa yg paling sesuai untuk melakukan tawaf sunat ataupun umrah, satu lagi masa adalah pada selepasnya musim haji(lebih kurang sebulan) di mana kerajaan saudi tidak mengeluarkan visa umrah.

alhamdulillah niatku utk melakukan tawaf sunat dimakbulkan Allaah dan dipermudahkan.

Beraya di Malaysia



rumah aku yg kat bdr mahkota cheras, bersama myvi kesayangan aku yg sudah dijual



gambar bersama ayah & ibu kesayanganku



alhamdulillah thn ni aku dpt beraya di msia. setelah smp di klia pada 3sept,2009. tp ada perkara yg kurang baik berlaku apabila tibanya kami di msia, dimana hp hubby aku tercicir lam flight yg kami naiki. aku rase amat bersalah sgt kerana hp tu telah disimpan lam handbag aku. cuainya aku kerana x perasan dan x periksa sbl kami kuar dr flight. tp nak buat camana allah dah takdirkan maka aku dan hubby ku redha menerima ketentuan.wpun kami terus buat aduan di kaunter tp hp hubby ku ttp hilang dan di ambil oleh cleaner yg membersihkan flight tu.

kepulangan kami kali ni akan menyelesaikan segala apa yg ptt spt penjualan rumah kami dan penjualan keta myvi kesayangan ku. kami jual rumah dan kereta kerana kami x mahu tanggung harta yg kami x guna.alhamdulillah rumah kami di beli seorang cikgu yg mengajar di BTHO bersebelahan taman aku dan myvi lak abg aku yg keje cikgu beli. barang2 lam umah aku tu lak mengikut plan asal nk bg ke tuan umah tp akhirnya alhamdulillah family aku kat kg mengambilnya , yg aku tinggalkan cume peti ais dan mesin basuh je.....ye la kan nk buat amal jariah sket.

thn ni wpun dpt beraya di msia, tp masa aku x lama di labis kerana raye ke-2 je aku terus ke kulai umah mak angkat hubby dan pada hari yg sama gak kami terus balik ke kl kerana raye ke-3 ada perjumpaan ngan adik-badik hubby aku lak.

hmmm penat nya masih terasa kerana byk urusan yg harus kami selesaikan,alhamdulillah ALLAAH permudahkan.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

hmmm cantik kan tarikh ni, tarikh ni jugak la akan bermula lps maghrib nnt utk masuk ke fasa yg ke-3 dlm bulan ramadan ni....mlm utk mencari lailatul qadar. marilah kita bersama2 bangun 1/3 drp mlm utk mencari nya. perbanyakkanlah bacaan al-quran dan solat sunat, zikir kepada allaah...dan meminta ampun kepada NYA. mcm aku ni terlalu byk dosa yg ku lakukan...malah setiap hari aku melakukan dosa tanpa disedari atau tidak....ya allah betapa hina nya diri ini.aku berazam akan pertingkatkan lagi amal ibadat sepanjang bulan yg mulia ni. target aku utk lebih mendekatkan diri kepada NYA.

Monday, August 17, 2009

sedih & perubahan



ni gambar di ambil masa kita org kat airport hantar shikin

apa yg dpt aku ceritakan kali ni adalah ikatan persaudaraan sesama islam. di sini kehidupan bermasyarakat di jeddah ada lah amat rapat sekali. di sini aku belajar hidup bergaul dgn masyarakat. kalau di kl aku lebih selesa hidup bersendiri means that xnk campur org.mana taknya...kuar pagi keje,ptg kang nk maghrib baru la smp umah...wknd lak byk masa di habiskan ngan berkemas umah...x pun zzzzzzzzzz hehhehe. so mana la ada masa nak bercampur ngan org dan sebenarnya aku mmg malas nk campur org eheh....terukkan.

mula2 aku smp kat sini rase cam kekok je nk bercampur ngan org...mana taknya kat sini wknd selalunye aktiviti makan2 kat umah kengkawan so...terpaksa berjumpa ngan ramai org2 msia yg menetap kat sini. dah la aku ni x pandai borak2...tp alhamdulillah setelah hampir setahun aku menetap kat sini aku bole menyesuaikan diri.ramai jugak kawan yg aku dpt...wpun x semua yg ngam.




hari khamis (14/8/2009) aku menghantar kawan aku shikin utk balik ke msia for good....maknanya balik terus ke msia. dia ni seoraang yg sgt simple...kalau nk
di ikutkan gaji hubby dia yg lumayan giler tu, tp aku tgk kehidupan dia sgt2 simple.....rase cam x percaya je dia camtu. dia ni seorg yg amat ikhlas bila berkawan dan sgt takut mengecewakan hati org lain.yg lg satu aku x percaya dia ni rupanya usia lebih tua dr aku tp pangainya amat manja ngan aku. segala hal dia mesti rujuk ngan aku....mcm la aku yg kakak heheh. tp xpe la aku x kisah...as long aku bole tlg aku tlg la. tp tu la teramat sedih sbb dia dah nak balik msia terus. harap hubungan kami akan terus berpanjangan insya allah.

Sunday, July 26, 2009

Mersal Village



dr kiri...aleya,atiqah,nana & hafiz



suka la tu nana, dpt naik motor kaler pink!



atiqah & aleya (anak2 ana, kawan aku)



aku dan kawan aku rozana ahmad zaini



pintu masuk ke jungle land, actually mersal village ni besar...macam2 tpt ada tp utk theme park ada ni aje.



berposing dulu sebelum masuk...hehe



wajah ceria anak2...

Kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti kami sekeluarga pada ujung minggu lepas(23julai) .Seperti yg di rancangkan lps aje selesai solat zuhur ,kami menuju ke serafi mall utk lunch kat sana....kih3x aku malas masak, kekeringan idea.... kat serafi tu ada byk food court, jln punye jln aku berkenan la ngan makanan morocco...bole tahan la sedapnye pastu lps aje masuk waktu asar aku pun g umah ana utk solat kat sana kerana aku dah janji ngan dia utk pegi bersama2 ke mersal village tu. setelah semua selesai solat kami pun bertolak ke sana. lebih kurang setgh jam perjalanan..kami pun sampai. hmmm....x ramai org tp cuaca panasss sgt. bayaran nak masuk je dah sr35/org...perghhh. pastu nk main permainan utk org dewasa je dah sr20/org. tp oleh sebab nk ilangkan gian nk pegang stereng aku main gak kete langgar2 tu..hmm aku x ingatla nama apa heheh. apa lagi x hengat dunia la aku...dok main langgar2 kete ngan laki aku...adoi la sakit pipi sebab asik gelak je.

kat situ aku tgk style dia cam genting ...sbb byk permainan utk org dewasa dan kanak2.tp xde la aku nak main sbb mahal beno bayarannya. so aku g aje la kat tpt permainan budak, itu pun sr10/org. kopak gak la poket laki aku..kui3x. ok la kawan2...layan aje la gamba2 ni.

Thursday, June 18, 2009

cheeeeseeee




Heheh lama dah x update blog kan....xde cite best so malas nak nk tulis hik3x. kali ni aku tulis title camtu bukan sbb nak suruh senyum amik gambo tp sbb nk cite aku dah terer buat cheese cake hahahah. wpun x sesedap cheese cake kat secret recipe tp ok la bole di makan betul x? nama kek yg aku buat ni honeycomb cheese cake. aku amik resepi ni kat myresepi.com tp aku ubah sket cara nak bakar dia tu je la.

aritu siap ada org order suruh aku buat...hmm aku ni bukan la bisnes minded pun...masak suka2 je ni. tp aku buat la jugak sbb member baik kan....tp kalau x sodap tu den mintak maap la yerr...aku bukan chef yg pro....tp alhamdulillah setakat ni sedapppppp.

Saturday, May 16, 2009

aktiviti di saudi

hmmm...dah lama aku x update blog kan? kemalasan melanda dan kekeringan idea aku ni.
kali ni aku nk cite pasal aktiviti aku kat sini, ye la kan dah jadi fulltime housewife hehe. mula2 aku smp sini lam bulan ogos...hehhe tidur aje kejenye aku...smp berat badan pun naik smp 4kg! mana taknye asik2 makan-tido-makan-tido. mana taknye camtu rase cam nk pulun tido je sbb masa kat msia mana ada masa nak rehat camni...asik2 keje3x....lotih den tau....so balas dendam la bila smp sini.

pastu lepas 2bulan rase nye aku join usrah lak..alhamdulilllah setiap rabu aku join usrah. byk information yg aku dpt dr sini yg membuatkan diriku berubah....(ya allah kuatkanlah imanku agar sentiasa bersamaMU)

pastu lak aku aku join kelas arabic 2x seminggu. haaa...yg ni sonok sgt dpt blajo bhs arab. ni bukan bhs arab ckp pasar tau tp bhs arab standard utk al-quran. kira cam bahasa malaysia yg di ajo kat sekolah la. alhamdulillah aku dah tau serba-sikit camana nk ckp dan nak buat harakah (hmm org msia kata nak letak baris la). tp semua nya dah berakhir sbb ustazah yg ajo usrah dan arabic ni dah balik msia dah. so aku kena la cari aktiviti baru iaitu mengaji kelas al-quran.ya allah rupanya byk benar kelemahan aku dlm mengaji ni. selama ni baca main kromo jek. so aku back to basic start dr makhraj(sebutan yg betul) perghhh punya la susah lidah aku nak sebut setiap huruf arabic....sekali kena ngan tajwid adusss dah lupa daaaaaaaaa. dulu masa kecik2 ada la belajo kat sekolah agama. tu la kan manusia mudah sgt lupa. dulu aku mmg baca al-quran tp x tau makna...skang ni aku sonok baca al-quran sbb tafsir nyer...alhamdulillah

tp aku bersyukur sgt2 sebab allaah bg peluang kat aku utk memperbaiki diri bila tinggal di tanah barakah ni. peluang dah ada depan mata so aku kena grab dan praktik kan....sebelum mata ni tutup selama2 nye. dunia skang ni pun semakin tu, tanda2 qiamat pun di tunjukkan oleh ALLAAH satu-persatu xkan aku xnk berubah lagi????

Sunday, April 5, 2009

jalanraya

hmm..... kali ni aku nak bercerita ttg jalanraya kat jeddah ni. kat sini wpun ada traffic jam atau kesesakan lalulintas tp masih bole diatasi. nak tau kenapa?
heheh sbb kat sini xde jln mati hmm... atau pun kat sini jalannya semua ber segi empat...camni kalau kita x bole lalu jln A maka kita bole lalu jln B atau jln lain yg akhir nya kita akan jumpa atau smp ke tpt yg kita nak pergi.something like segiempat yg xde akhirnye sentiasa bercantum ngan jalan2 yg lain. tp yg penting kena tau jln la ye x? kang main redah je....kuar ke jalan lain lak hhahah.

kat sini jugak mostly semua traffic light bole buat u-turn atau pun sepjg jln yg panjang mesti ada -u-turn. so kalau kita sesat pun x smp 50m insya allah kita mesti bole pusing balik...fuhhh. tp jgn terkejut bila ada pengguna jalanraya yg di bahagian kanan sekali (bygkan ada 4 lanes) dia akan u-turn ke kiri tanpa memikirkan pengguna yg di lanes 1-2-3 hahah jaga2.....jgn terkojut!.

lagi satu kat sini ada jln kecik yg dipanggil service road...cam setiap main road mesti ada service road disebelah kanannyer....yg di blocked oleh divider....so sape2 yg nak ke kedai bole la masuk ke service road drp main road. kegunaan service road ni yg aku nmpk la utk kesenangan pengguna jln raya yg nak pergi ke kedai2....so xde la kesesakan kat main road.

lg satu kalau pengguna nak belok ke kanan(sbb sini left-handed drive) kat traffic light xyah tggu lampu ijau sbb mmg dibenarkan terus belok....kalau nak tau sp yg benti kat kanan dan x terus belok maka kena maki-hamun atau pun kena hon la jawapnyer hihihi...org kat sini jenis tak penyabar kan.

tu aje la yg aku nak cite sbb dah lama x update blog kan.heheh...chow

Sunday, March 15, 2009

piknik

along bergaya shaolin

makannnn

kipas jgn x kipas heheh



kawan2 yg dtg

piknik di tgh mlm?? hehe kat sini mmg dah jd adat katanye sbb ye la kan kalau piknik siang2 hari alamatnye hangus la heheh ...gurau jek. kat sini oleh kerana faktor cuaca maka mereka berpiknik di tgh mlm la. 11hb lps aje isya aku bertolak menuju ke umah k.aluyah utk amik dia and family. pastu terus menuju ke corniche di mana tpt kami berpiknik di tepi pantai bersebelahan masjid terapung. masjid ni ada nama nyer tersendiri tp aku x tau ...cume org2 msia kat sini panggil masjid terapung sbb dia di bina di atas(sebenarnya tepi jek) lautan...ala cam masjid kat t'ganu tu.

lam kul 9pm kami pun sampai...alhamdulillah. nk cite kan kat sini org saudi mmg x tido mlm, lebih2 lagi kalau esok cuti mmg tepi pantai la tpt mereka beriadah, dan yg paling kelako kalau ada sekangkang kera rumput pun mrk akan berpiknik kat situ...tu la kan kat sini mmg ssh nk jmp rumput....so kalau mrk jmp mmg x dilepaskan peluang tu. kami berpiknik smp kul 1.30am kot...tp kat saudi lg mlm lg ramai org kat tpt berpiknik. kat sini tpt bersosial mmg ssh nk jmp....aku suka! heheh yg bestnyer kat sini tpt bersosial more to family tu yg bagusnyer xde la maksiat ye x.

Sunday, March 1, 2009

Trip to Madinah al-Munawwarah


belakang tu perkuburan di bkt uhud


di bkt magnet


my hubby bg daun mint


dlm ladang kurma






Alhamdulillah sbb trip ke madinah hari ini di izinkan Allaah. Pukul 1.30am aku dah bgn utk menyiapkan apa2 yg patut.Dlm kul 3.30am kami pun berangkat menuju ke rumah k.aluyah di King Fahd compound...di mana semua yg mengikuti ke trip ini berkumpul. Wahhh kami adalah yg terawal tiba. Yg pergi trip ni adalah kami,din's family, rohaiza's family dan k. norjahan , khairi's family and wan car4, ct n hubby , zul khairi's family , azizan's family dan fatah's family. lebih kurang kul 4.40am kami pun berangakat wpun spt yg di war2kan semua kena ada kat tpt berkumpul kul 4am hihihi biasa la kan.

setelah lebih kurang sejam lebih memandu kami pun berhenti di suatu tpt..sebanarnya nak berhenti di Sasko tp laki aku terlajak ke depan so yg lain2 nye terpaksa la ikut kami...tp alhamdulillah tpt yg kami singgah ni lg bagus dan luas...hehe ada rahmat di sebalik kami terlajak tu.hmm masa ni la aku dpt makan nasi lemak berlapikkan daun pisang yg fiza buat....sedapnyer. dan byk lg makanan yg kami bawak setiap family ada tugas masing2.

lebih kurang pukul 9 lebih kami smp di masjid quba' , solat di sana dan bergerak ke hotel utk simpan brg2 dan berehat.lps zohor dan lunch kami pun bertolak ke bkt uhud dan bukit magnet. bkt uhud di mana terjadi nya peperangan yg maha hebat di mana di sini la ramai para sahabi yg meninggal syuhada(70org) di antaranya saidina hamzah...rase nye semua maklumkan. di bkt magnet plak di mana kereta bole bergerak max 120km/jam di mana gear di letakkan ke N(neutral)...subhanallah...bygkan la wpun kita naik bukit keta bole jln sendiri....laju lak tu.

aktiviti mlm lak aku,shikin, ana, k.aluyah, shikin mud dan fiza solat berjemaah di masjid nabawi dan masuk ke raudhah.pastu sebelah pagi nye plak kami bertolak ke ladang kurma paklong. kat sini la aku dpt rase kan sendiri pengalaman bau debunga dr pokok kurma lelaki yg bau spt air mani. spt yg paklong kata kurma ni rapat ngan manusia. lps aje solat jumaat lebih kurang kul 3.30pm kami pun berangkat pulang ke jeddah da smp di umah kul 9pm. alhamdulillah selamat smp semua nyer. kalau nk tgk gamabr yg byk (heheh xde la byk mana pun) ada lam fb.

My son


jahitan setelah di buka




hmmm...alahai tarikhnye aku x ingat tp ni la yg membuatkan aku terkejut sbb kepala along terkena batu kat sekolah. darah nya x berhenti so aku n hubby aku membawa nya ke fakeeh hospital. smp di sana along pun kena di masukkan ke minor operation room. perghh ngeri tul aku tgk masa dia nak kena jahit di kepala. x sanggup tgk tp aku kuatkan semangat jugak. lepas aje dia di bius di kepala maka doktor pun jahit eeeee... x terkata aku tgk darah yg mengalir masa kepala dia dijahit....wpun kecil luka tu tp dlm. alhamdulillah lam masa 10min dah siap...pastu si along ni bole aje terus main dan xde ckp sakit lak...heehe bius masih ada kan.