Wednesday, December 30, 2009

Roti oh roti





Heheh...rajin la plak meng'update' blog. layan je la kan. kali ni nk cite pasal betapa murahnya roti kat sini. tp roti kat sini kebanyakannya keras2...mayb sebab menjadi kegemaran org arab. kalau kita makan kat restoren mesti akan dpt roti free. tp bukan roti yg aku nk tepek gambo kat sini la. roti jenis lain la...ala2 roti canai tp bukan roti canai laa...hahah apa la aku merepek ni. xpe la nnt kalau aku berkesempatan snap gambo roti tu. ok la ni, ni gambo roti yg aku beli ....rege cume SR1 jek...caya x??? kena caya la jugak ahahah.

Monday, December 28, 2009

tetamu haji

thn ni aku x buat haji sbb kat sini pass utk buat haji hanya akan diberi 5thn sekali je...so kalau nk merasa pegi lg kena la tunggu thn 2012.so kami cume layan tetamu haji aje la. thn ni omar ex-boss laki aku dan aku sekali masa keje kat UMM(anak sykt UN****) satu ketika dulu. la ni dah berkubur heheh di serapkan ke dlm UN****. dia dtg mengerjakan haji bersama isteri nya.so pd mlm sebelum dia bertolak ke msia kami meraikan dia di restoren sahara di jeddah, sebelum ni last wk nya kami membawa dia soping dan jln2 di jeddah juga dan mrk juga bermlm di umah aku.



dr kanan:khairi,fatah, din...baju cekelat tu my hubby



dr kiri: mak shikin din, saya dan puteri faridah(wife omar)



wife omar, omar dan hubby



setiap jemaah msia yg buat haji sbl balik ke msia akan dikumpulkan sementara di madinatul hujjaj di jeddah utk menimbang brg2 mereka sebelum bertolak ke airport.





bas yg baru smp dr makkah membawa jemaah haji..ada lam 7 buah sekali smp







gambar sebelum kejadian yg x di ingini ...hahah korang tgk la gambar bawah ni di mana kami berlari2 sbb dah kena halau ngan pegawai lam tu sbb kete laki aku parking kat bhg bas ...bas lak smp sekali 7 buah...kelam-kabut berlari nak alihkan kete...adoiii laaaa



ok la korang layan aje la gambar2 ni.

Wednesday, December 2, 2009

Madinah

Kali ini nak bercerita pasal perjalanan menuju ke Madinah lak. Alhamdulillah aku dpt beraya di Madinah wpun x sempat ber solat sunat aidil adha di masjid Nabawi. Apakan daya aku hanya merancang hanya ALLAH yg menentukan segalanya. Setelah subuh,aku terus menuju ke rumah kawan di Compound King Fahd(kalau kat msia bole di panggil asrama utk pekerja2 spital). Aku solat sunat raya kat Masjid Salman. Kat sini yg pelik nya kalau solat sunat hari raya mereka tidak adakan di dlm masjid tp di dataran/padang yg luas berdekatan masjid. haaa ni gambar aku sempat snap lps solat.



Dlm pukul 8.30am(27Nov 2009), baru aku bertolak ke Madinah.Sepanjang perjalanan ke sana, aku melihat ada tasik2 buatan manusia hehehe...gurau jek....sebenarnya takungan air yg terjadi selepas hujan lebat di Jeddah semlm. hmmm....mesti korang tau kan pasal jeddah di landa banjir teruk...cam tsunami kecil.alhamdulillah kawasan umah aku x di naiki air. yg kena kws lain.so lebih kurang 4 jam kami pun smp di hotel Durrat Alandussia,kami smp betul org br kuar dr masjid mengerjakan solat Jumaat...so kelam-kabut sket la sbb ramai org melintas jln.

Lps c/in kami lepak jap pastu misi aku utk ke Raudhah pun bermula. Aku pergi solat berjemaah maghrib dan isya tanpa balik ke hotel. Kat sini Raudhah di bukak utk kaum wanita slps waktu solat zuhur,solat isya dan solat subuh.aku dan kawan pun menunggu la peluang utk ke sana. Alhamdulillah aku dpt solat di sana dan memilih tpt yg aku nak sbb aku smp dulu dr org lain.Apa lagi aku x melepaskan peluang solat sunat dan berdoa byk2.Orang x ramai sbb semua org luar berada di Makkah dan Mina utk melakukan ibadah haji, so yg tinggal org local dan expat cam kami ni la. Selepas tu, misi aku diteruskan slps solat subuh lak.....tp kali ni mencabar dan susah sket sbb aku masuk kemudian so kena tggu giliran la....tp x pe aku dpt jugak peluang solat disana.Cuaca kat madinah lak mmg sejuk sgtttt. pakai baju tebal pun terasa sejuk smp ke tulang. Enjoy the photos..ehheh amik slps waktu asar...

















Selepas solat asar, aku menuju ke masjid Quba' lak. Tempat ni mesti di lawati sbb masjid pertama di bina di bumi Allah ni dan ganjaran pahala nya macam mengerjakan umrah sekiranya kita mengambil wudhu' dr umah utk solat di sini. Aku dpt solat fardhu maghrib di sini alhamdulillah. Last sebelum esok aku balik misi ke Raudhah mesti diteruskan , kali ni ubah strategi dtg lewat sikit kira2 sejam sbl di tutup....perghhhh mmg bestttt sbb xde bertolak2 dan senang sgt utk melakukan solat. terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku utk dtg ke madinah dan masuk ke Raudhah.Kalau nk tgk byk gambar lg bole tgk lam FB