Tuesday, June 22, 2010

Seronoknya..June...

Bulan ini adalah yg paling seronok buat aku kerana ayah,mak,3 kakak dan abg bersama 5 anaknya dtg ke saudi utk mengerjakan umrah. dari tarikh 4june hinggalah 15june adalah hari yg paling sibuk buat kami. sampai aje mereka di sini menaiki Sri Lankan Air...aku dah sudah menunggu mereka semua dia airport...wpun dpt jumpa sekejap sebelum mereka semua beredar ke Madinah, tp alhamdulillah dpt la aku menghilangkan rindu pd mak & ayah.

Aku menuruti mereka ke Madinah tp selepas subuh pada 6hbjune. anak2 aku di pontengkan sekolah semata2 utk menemani atuk & nenek mereka. nasib baik la along dlm minggu revision so masih bole la ponteng....yg adiknya plak aku terpaksa percepatkan exam dia supaya dia dpt ponteng sekolah heheh. cume aku kecewa sikit kerana aku 'period' tatkala niat aku ingin menemani mereka semua di masjid nabawi. tp aku redha sbb mesti Allah tahu yg terbaik utk aku.keadaan cuaca di Madinah amat panas sekali.

Pd 8june, mereka semua smp di Makkah tp aku tidak dpt menolong mereka spt mana yg aku janji kan pada mak aku utk menolak kakak ku yg kurang upaya utk berjalan mengerjakan umrah kerana aku masih 'period', terpaksa la suami ku yg menolaknya....lebih kurang selepas subuh barula mereka habis melakukan umrah. tatkala itu anak aku yg sulung terpaksa ke sekolah kerana exam yg baru bermula. leih kurang pukul 6.30am kami bergerak balik ke jeddah dan kena smp sbl jam 8am utk ke sekolah. sekali lg dugaan terjadi kerana kami sesat wpun ada GPS! subhanallah...aku byk2 kan beristighafar.alhamdulillah kami sempat smp umah jam 7.45am & along terus pakai baju dan terus ke sekolah. kami betul2 keletihan dan paling kesian pd hubby ku...kerana dia pun harus kerja.

aktiviti kami sepjg mereka berada di sini asyik berulang-alik ke mekah dan pd hujung minggu (khamis&jumaat) kami membawa mereka semua ke rumah kami di Jeddah. Aku juga bersyukur kerana dpt menemani mak & kakak aku mengerjakan umrah...termakbul jua akhirnya niat aku.alhamdulillah kami dpt melayan mereka dan berharap mereka semua berpuas hati.Walau pun penat tp aku amat berpuas hati & seronok kerana mereka semua dpt smp dan bermalam di rumah aku.

Ok la..layan aje la gambar2 ni...terasa malas plak nak menaip hahahah.



selesai mengerjakan umrah utk kakak ku...masa ni la aku menolak kusi roda utk dia slps umrah pertama x dpt temankan dia



selesai mengerjakan umrah...saei di tkt 1



mak yg seronok 1st time dpt pijak batu di bkt marwah..aku pun seronok sbb dpt temankan dia buat umrah



family abg aku bersama family nya di Serafi Mall, tpt indoor theme park



kanak2 yg seronok melepaskan tensen heheh



mlm terakhir mak,ayah & kakak di rumah ku sbl mereka balik semula ke Mekah



mlm terakhir abg&family nya bersama 2org kakak ku....dan kak asma(jiran ku yg menolong hantar mrk semua balik ke Mekah semula). bergambar di depan umah ku.