Monday, September 27, 2010

Raya 2010

Raya kali ini aku beraya kat saudi, dah 2x aku raye kat saudi di mana pd thn 2008 pun raye kat sini. masa tu aku br je smp saudi utk menetap kat sini, so x kan nk balik plak kan sbb br smp. masa ni bila dgr aje org takbir...aku dah banjir dah isk2x.tp kali ni alhamdulillah aku dpt ctrl airmata wpun sedih.

OK! mula2 aku cite pasal keadaan bulan ramadhan kat sini dimana siang akan jd mlm dan mlm plak jd siang. Ni bermakna, segala kedai/soping mall akan dibuka dr kul 5pm-3.30am.haaaa soping sakan la. tp aku x sanggup sbb jem gilerrrrrr. org2 kat sini akan tidur selepas subuh...pastu lak kat Mekah akan penuh ngan org , dah macam musim haji lak.

Raye kat sini alhamdulillah ada 5 family yg ddk berdekatan yg x balik raye so xde la sunyi sgt. kami buat pot luck utk menyambut raye kat umah jiran blkg umah aku. aku cam biasa la buat kuih je, sbb aku x bape minat masak2 lauk ni.



Romantik tak? hehe



Ni aje gambar raye yg sempat kami amik, tu pun pakai kamera kawan(tuan umah). nk amik gambar kat umah sendiri x sempat sbb masing2 letih so ingat bantal aje la heheh. kali ni pun aku 1st time buat kuih raye. aku buat kuih arab dan cornflakes madu.

Thursday, September 16, 2010

Sabah bah...13julai-16julai (part 3)






tgh mood raye ni....heheh kat sini raye 1syawal je. suasana raye kat sini nnt aku citekan sbb nk samb part 3 sabah ni...lama nooo tangguh.

'sesuatu' yg aku nk bgtau tu ialah monyet belanda!!! hahaha cam xde mende nak tgk jek...lawak tul.





mmg kat sabah ni xde mende yg bape best la. ye la kan negeri tgh nk membangun so belum betul build la. lg pun aku g area KK so kurang la. nk soping pun mahal kan. cuci mata aje bole la.

pastu aktiviti yg dah lama aku x buat adalah mengayuh basikal. perghhhhh...mula2 bawak mmg asik nk jatuh je. tp rase puas tul sbb dah lama x bawak basikal ni so aku pun ngan hubby & anak2 kayuh basikal area lam hotel la.x percaya??? haaa ni gambar nye...hehe aku pun x caya.





Monday, August 23, 2010

Sabah bah...13julai-16julai (part 2)



hoyehhh....mood dah dtg nak berkarya kat blog yg ntah apa2 ni heheh.kita sambung cite ek. kali ni aktiviti yg aku buat masa kat sabah adalah....korang tgk kat bawah ni...hmmm caya x aku tgh main ping pong ngan laki aku??? hahah aku sendiri pun caya, tp terer gak aku main(huisshh puji diri sendiri la plak) xde terer nye tu pun pandai main sbb dah berlatih main kat wii.



gambar ni plak masa kitaorg nak ke sungai klias nk tgk... tgk apa yer?? haaa korang tunggu la part 3 nnt. bukannya apa nk letak gambar byk2 lam satu entry nampak x cantik plak. sepanjang perjalanan menuju ke sg. klias ni hari ujan....hmm nikmatnya hujan...hihi





gambar ni kat restoren tempat menunggu utk menaiki bot utk melihat 'sesuatu' heheh.seronok tau!

Tuesday, August 17, 2010

Sabah bah...13julai-16julai (part 1)



Cuti2 msia..alhamdulillah aku & keluarga selamat smp di msia pada 6julai dgn naik flight SIA. plan pertama kami adalah bercuti di Sabah bersama Shikin & family dan Ana & family.Kami semua menginap di Nexus Resort di Karambunai. Masya allah mmg cantik kawasan hotel kat situ.






Nuraesyah..anak ana

1st aktiviti utk anak2 ...hmm biasa la mandiiii


faridah,fatin & farah


anak2 aku bersama anak2 ana

aktiviti ke-2 plak...aku menemani anak aku mencanting batik...heheh layan la gambar2 ni...cam pro je aku mencanting batik hahaha


ni batik yg telah siap di canting...kat bawah plak gambar masa tgh mencanting









Tuesday, June 22, 2010

Seronoknya..June...

Bulan ini adalah yg paling seronok buat aku kerana ayah,mak,3 kakak dan abg bersama 5 anaknya dtg ke saudi utk mengerjakan umrah. dari tarikh 4june hinggalah 15june adalah hari yg paling sibuk buat kami. sampai aje mereka di sini menaiki Sri Lankan Air...aku dah sudah menunggu mereka semua dia airport...wpun dpt jumpa sekejap sebelum mereka semua beredar ke Madinah, tp alhamdulillah dpt la aku menghilangkan rindu pd mak & ayah.

Aku menuruti mereka ke Madinah tp selepas subuh pada 6hbjune. anak2 aku di pontengkan sekolah semata2 utk menemani atuk & nenek mereka. nasib baik la along dlm minggu revision so masih bole la ponteng....yg adiknya plak aku terpaksa percepatkan exam dia supaya dia dpt ponteng sekolah heheh. cume aku kecewa sikit kerana aku 'period' tatkala niat aku ingin menemani mereka semua di masjid nabawi. tp aku redha sbb mesti Allah tahu yg terbaik utk aku.keadaan cuaca di Madinah amat panas sekali.

Pd 8june, mereka semua smp di Makkah tp aku tidak dpt menolong mereka spt mana yg aku janji kan pada mak aku utk menolak kakak ku yg kurang upaya utk berjalan mengerjakan umrah kerana aku masih 'period', terpaksa la suami ku yg menolaknya....lebih kurang selepas subuh barula mereka habis melakukan umrah. tatkala itu anak aku yg sulung terpaksa ke sekolah kerana exam yg baru bermula. leih kurang pukul 6.30am kami bergerak balik ke jeddah dan kena smp sbl jam 8am utk ke sekolah. sekali lg dugaan terjadi kerana kami sesat wpun ada GPS! subhanallah...aku byk2 kan beristighafar.alhamdulillah kami sempat smp umah jam 7.45am & along terus pakai baju dan terus ke sekolah. kami betul2 keletihan dan paling kesian pd hubby ku...kerana dia pun harus kerja.

aktiviti kami sepjg mereka berada di sini asyik berulang-alik ke mekah dan pd hujung minggu (khamis&jumaat) kami membawa mereka semua ke rumah kami di Jeddah. Aku juga bersyukur kerana dpt menemani mak & kakak aku mengerjakan umrah...termakbul jua akhirnya niat aku.alhamdulillah kami dpt melayan mereka dan berharap mereka semua berpuas hati.Walau pun penat tp aku amat berpuas hati & seronok kerana mereka semua dpt smp dan bermalam di rumah aku.

Ok la..layan aje la gambar2 ni...terasa malas plak nak menaip hahahah.



selesai mengerjakan umrah utk kakak ku...masa ni la aku menolak kusi roda utk dia slps umrah pertama x dpt temankan dia



selesai mengerjakan umrah...saei di tkt 1



mak yg seronok 1st time dpt pijak batu di bkt marwah..aku pun seronok sbb dpt temankan dia buat umrah



family abg aku bersama family nya di Serafi Mall, tpt indoor theme park



kanak2 yg seronok melepaskan tensen heheh



mlm terakhir mak,ayah & kakak di rumah ku sbl mereka balik semula ke Mekah



mlm terakhir abg&family nya bersama 2org kakak ku....dan kak asma(jiran ku yg menolong hantar mrk semua balik ke Mekah semula). bergambar di depan umah ku.

Tuesday, May 11, 2010

kemalangan!

Tarikh 9hb Mei 2010 masih terpahat dlm ingatan aku.sbb 1st time aku accident, di negara org lak tu.Bermula kul 11am, laki aku dah call sbb anak aku yg laki2 x sihat so kena amik dia kat sekolah.oleh kerana masa tu aku dlm kelas ngaji so aku xleh amik.laki aku decide nk amik lam kul 12.30pm sekaligus amik anak aku yg pompuan di KG. Dlm kul 12.30pm laki aku smp di umah kawan aku(tpt di adakan kelas ngaji)so aku ,shikin & baby nya terus masuk ke dlm kete laki aku, kami pun terus menuju ke sekolah,dlm dok gelak2 dan bercerita tiba2 kami terdengar bunyi brek kete yg spt kete yg terlalu laju utk mem'brek' ssssrrrrreeeeetttttt. masa tu lam hati aku sp la yg kena tu ingat di tpt lain tp rupa2 nya....dentummmmm!!!! di sebelah aku dan kaca berhamburan masuk ke dlm kete di depan mata aku!.aku tergamam, panik namun masih dpt
mengawal perasaan.

lama aku ddk dlm kete....laki aku dok sebelah dok sibuk call kawan2,sykt kete sewa minta meminta pertolongan.side mirror mmg dah terkulai layu, cermin kecik berdekatan side mmg pecah abis,kalau la kete tu langgar kena di bahagian pintu yg aku ddk!.... ya allah hanya ko sahaja yg dpt menyelamatkan nyawa aku ketika itu. apa yg terlintas di fikiran ku masa tu....ya allah alhamdulillah ko telah berikan aku peluang dan kesedaran di mana jikalau kemalangan itu lebih teruk cmn la nasibku, suami dan kawanku yg bersama2 babynya...alhamdulillah aku xde apa2...kawanku pun ok. cume kete je yg x okay.

dlm keadaan kelam-kabut tu, ada kawan laki aku tlg utk mengambil dan menghantar aku pulang.tinggal la laki aku menyelesaikan masalah yg ada. smp aje di rumah keadaan trauma aku terus terhambur! aku menangis sepuas2 nya tanpa dpt di tahan setelah aku sujud syukur! masa itu la aku terus teringat adakah aku amal ibadat aku selama
ini Allaah terima? berapa byk amalan2 baik yg ku laku kan? bape kali aku solat sunat tgh mlm? (hmmm selalu sgt tertinggal ssh betul aku nak maintain) terlalu byk dalih dan tangguhan yg ku buat. ya allah ampuni la segala dosa2 aku, sesungguhnya hanya KAU yg berhak atas segala2 nya. terima la taubatku...terlalu byk DOSA yg ku lakukan.
adakah segala amalan & ibadat yg ku laku kan mengikut al-quran & sunnah.... ya allah aku terlalu takut!

setelah 2jam menunggu panggilan laki aku..tiada khabar berita aku terus telefon laki aku bertanya kan khabar,sekali lagi aku terkujat,terkedu bila laki aku kata :"saya tgh tensen ni, saya plak di persalahkan, iqamah saya polis pegang! nk cari jln balik opis pun xtau". terus berjuraian air mataku mengenangkan nasib suamiku pula aku takut dia dipenjarakan. budak yg melanggar kami tu apabila smp di balai polis,oleh kerana dia pandai berbahasa arab dia pusing cerita mengatakan laki aku plak yg bersalah, sedangkan mmg sah2 dia bersalah sbb bawak kete laju dan sondol kete kami dr blkg! xpe la di dunia ni dia lepas, di akhirat nnt tau la nasibnya.

seharian aku trauma! kawan2 aku menenangkan aku ..alhamdulillah aku semakin okay.
kami redha ngan ketentuan yg Allaah tentukan, ada kebaikan yg kami xtau.yg aku tau semua di dunia ini HAK ALLAAH,bila2 masa dia bole ambil.

kat bawah ni gambar kete laki aku yg acc, sempat aku amik sbl di hantar ke workshop















Sunday, January 3, 2010

permata hatiku



Muhammad Hafizuddin



Nur Syarafana






Dah sethn lebih aku dok saudi ni, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. begitu juga ngan anak2 aku, mereka begitu seronok tinggal dan bersekolah di sini. kali ni aku berkesempatan snap gambar diaorg sbl g sekolah.diaorg bersekolah di inernational school kat sini. hmmm...perbelanjaan utk sekolah kat sini usah cakap la mmg mahal cam anto anak ke U kalau kat Msia. yg pompuan tu umur 6thn dan yg abgnya 10thn.tp korang perhatikan aje kesaizan dan kebesaran badan depa berdua yg beza umur 4thn tu hihihih...lebih kurang je kan. kadang2 bila jmp org mesti diaorg ingat yg aku ni beranak sethn satu...heheh sabo jek la. tu la adik nya cepat sgt mengejar kebesaran abgnya.