Monday, December 28, 2009

tetamu haji

thn ni aku x buat haji sbb kat sini pass utk buat haji hanya akan diberi 5thn sekali je...so kalau nk merasa pegi lg kena la tunggu thn 2012.so kami cume layan tetamu haji aje la. thn ni omar ex-boss laki aku dan aku sekali masa keje kat UMM(anak sykt UN****) satu ketika dulu. la ni dah berkubur heheh di serapkan ke dlm UN****. dia dtg mengerjakan haji bersama isteri nya.so pd mlm sebelum dia bertolak ke msia kami meraikan dia di restoren sahara di jeddah, sebelum ni last wk nya kami membawa dia soping dan jln2 di jeddah juga dan mrk juga bermlm di umah aku.



dr kanan:khairi,fatah, din...baju cekelat tu my hubby



dr kiri: mak shikin din, saya dan puteri faridah(wife omar)



wife omar, omar dan hubby



setiap jemaah msia yg buat haji sbl balik ke msia akan dikumpulkan sementara di madinatul hujjaj di jeddah utk menimbang brg2 mereka sebelum bertolak ke airport.





bas yg baru smp dr makkah membawa jemaah haji..ada lam 7 buah sekali smp







gambar sebelum kejadian yg x di ingini ...hahah korang tgk la gambar bawah ni di mana kami berlari2 sbb dah kena halau ngan pegawai lam tu sbb kete laki aku parking kat bhg bas ...bas lak smp sekali 7 buah...kelam-kabut berlari nak alihkan kete...adoiii laaaa



ok la korang layan aje la gambar2 ni.

Wednesday, December 2, 2009

Madinah

Kali ini nak bercerita pasal perjalanan menuju ke Madinah lak. Alhamdulillah aku dpt beraya di Madinah wpun x sempat ber solat sunat aidil adha di masjid Nabawi. Apakan daya aku hanya merancang hanya ALLAH yg menentukan segalanya. Setelah subuh,aku terus menuju ke rumah kawan di Compound King Fahd(kalau kat msia bole di panggil asrama utk pekerja2 spital). Aku solat sunat raya kat Masjid Salman. Kat sini yg pelik nya kalau solat sunat hari raya mereka tidak adakan di dlm masjid tp di dataran/padang yg luas berdekatan masjid. haaa ni gambar aku sempat snap lps solat.



Dlm pukul 8.30am(27Nov 2009), baru aku bertolak ke Madinah.Sepanjang perjalanan ke sana, aku melihat ada tasik2 buatan manusia hehehe...gurau jek....sebenarnya takungan air yg terjadi selepas hujan lebat di Jeddah semlm. hmmm....mesti korang tau kan pasal jeddah di landa banjir teruk...cam tsunami kecil.alhamdulillah kawasan umah aku x di naiki air. yg kena kws lain.so lebih kurang 4 jam kami pun smp di hotel Durrat Alandussia,kami smp betul org br kuar dr masjid mengerjakan solat Jumaat...so kelam-kabut sket la sbb ramai org melintas jln.

Lps c/in kami lepak jap pastu misi aku utk ke Raudhah pun bermula. Aku pergi solat berjemaah maghrib dan isya tanpa balik ke hotel. Kat sini Raudhah di bukak utk kaum wanita slps waktu solat zuhur,solat isya dan solat subuh.aku dan kawan pun menunggu la peluang utk ke sana. Alhamdulillah aku dpt solat di sana dan memilih tpt yg aku nak sbb aku smp dulu dr org lain.Apa lagi aku x melepaskan peluang solat sunat dan berdoa byk2.Orang x ramai sbb semua org luar berada di Makkah dan Mina utk melakukan ibadah haji, so yg tinggal org local dan expat cam kami ni la. Selepas tu, misi aku diteruskan slps solat subuh lak.....tp kali ni mencabar dan susah sket sbb aku masuk kemudian so kena tggu giliran la....tp x pe aku dpt jugak peluang solat disana.Cuaca kat madinah lak mmg sejuk sgtttt. pakai baju tebal pun terasa sejuk smp ke tulang. Enjoy the photos..ehheh amik slps waktu asar...

















Selepas solat asar, aku menuju ke masjid Quba' lak. Tempat ni mesti di lawati sbb masjid pertama di bina di bumi Allah ni dan ganjaran pahala nya macam mengerjakan umrah sekiranya kita mengambil wudhu' dr umah utk solat di sini. Aku dpt solat fardhu maghrib di sini alhamdulillah. Last sebelum esok aku balik misi ke Raudhah mesti diteruskan , kali ni ubah strategi dtg lewat sikit kira2 sejam sbl di tutup....perghhhh mmg bestttt sbb xde bertolak2 dan senang sgt utk melakukan solat. terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku utk dtg ke madinah dan masuk ke Raudhah.Kalau nk tgk byk gambar lg bole tgk lam FB

Sunday, October 11, 2009

Rindu






Rindu...itu la yg terlintas di fikiran aku tatkala aku smp di Malaysia. Apabila sampainya aku di Jeddah, plan nk ke makkah semakin memuncak...rindu betul aku utk buat tawaf sunat dan utk merenung Kaabah.Pada hari jumaat (9oct,2009) selepas solat isya aku pun bertolak ke Makkah.sampai di sana lebih kurang pukul 10.15mlm. terus saja aku melakukan tawaf sunat...lebih kurang dlm 15min siap tawaf sunat ku. aku dan suami juga anak2 aku terus menuju ke hijr ismail utk melakukan solat sunat tawaf. orang x ramai waktu ini sbb sudah bermulanya musim haji wpun jemaah dr luar belum di benarkan masuk. ini adalah masa yg paling sesuai untuk melakukan tawaf sunat ataupun umrah, satu lagi masa adalah pada selepasnya musim haji(lebih kurang sebulan) di mana kerajaan saudi tidak mengeluarkan visa umrah.

alhamdulillah niatku utk melakukan tawaf sunat dimakbulkan Allaah dan dipermudahkan.

Beraya di Malaysia



rumah aku yg kat bdr mahkota cheras, bersama myvi kesayangan aku yg sudah dijual



gambar bersama ayah & ibu kesayanganku



alhamdulillah thn ni aku dpt beraya di msia. setelah smp di klia pada 3sept,2009. tp ada perkara yg kurang baik berlaku apabila tibanya kami di msia, dimana hp hubby aku tercicir lam flight yg kami naiki. aku rase amat bersalah sgt kerana hp tu telah disimpan lam handbag aku. cuainya aku kerana x perasan dan x periksa sbl kami kuar dr flight. tp nak buat camana allah dah takdirkan maka aku dan hubby ku redha menerima ketentuan.wpun kami terus buat aduan di kaunter tp hp hubby ku ttp hilang dan di ambil oleh cleaner yg membersihkan flight tu.

kepulangan kami kali ni akan menyelesaikan segala apa yg ptt spt penjualan rumah kami dan penjualan keta myvi kesayangan ku. kami jual rumah dan kereta kerana kami x mahu tanggung harta yg kami x guna.alhamdulillah rumah kami di beli seorang cikgu yg mengajar di BTHO bersebelahan taman aku dan myvi lak abg aku yg keje cikgu beli. barang2 lam umah aku tu lak mengikut plan asal nk bg ke tuan umah tp akhirnya alhamdulillah family aku kat kg mengambilnya , yg aku tinggalkan cume peti ais dan mesin basuh je.....ye la kan nk buat amal jariah sket.

thn ni wpun dpt beraya di msia, tp masa aku x lama di labis kerana raye ke-2 je aku terus ke kulai umah mak angkat hubby dan pada hari yg sama gak kami terus balik ke kl kerana raye ke-3 ada perjumpaan ngan adik-badik hubby aku lak.

hmmm penat nya masih terasa kerana byk urusan yg harus kami selesaikan,alhamdulillah ALLAAH permudahkan.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

hmmm cantik kan tarikh ni, tarikh ni jugak la akan bermula lps maghrib nnt utk masuk ke fasa yg ke-3 dlm bulan ramadan ni....mlm utk mencari lailatul qadar. marilah kita bersama2 bangun 1/3 drp mlm utk mencari nya. perbanyakkanlah bacaan al-quran dan solat sunat, zikir kepada allaah...dan meminta ampun kepada NYA. mcm aku ni terlalu byk dosa yg ku lakukan...malah setiap hari aku melakukan dosa tanpa disedari atau tidak....ya allah betapa hina nya diri ini.aku berazam akan pertingkatkan lagi amal ibadat sepanjang bulan yg mulia ni. target aku utk lebih mendekatkan diri kepada NYA.

Monday, August 17, 2009

sedih & perubahan



ni gambar di ambil masa kita org kat airport hantar shikin

apa yg dpt aku ceritakan kali ni adalah ikatan persaudaraan sesama islam. di sini kehidupan bermasyarakat di jeddah ada lah amat rapat sekali. di sini aku belajar hidup bergaul dgn masyarakat. kalau di kl aku lebih selesa hidup bersendiri means that xnk campur org.mana taknya...kuar pagi keje,ptg kang nk maghrib baru la smp umah...wknd lak byk masa di habiskan ngan berkemas umah...x pun zzzzzzzzzz hehhehe. so mana la ada masa nak bercampur ngan org dan sebenarnya aku mmg malas nk campur org eheh....terukkan.

mula2 aku smp kat sini rase cam kekok je nk bercampur ngan org...mana taknya kat sini wknd selalunye aktiviti makan2 kat umah kengkawan so...terpaksa berjumpa ngan ramai org2 msia yg menetap kat sini. dah la aku ni x pandai borak2...tp alhamdulillah setelah hampir setahun aku menetap kat sini aku bole menyesuaikan diri.ramai jugak kawan yg aku dpt...wpun x semua yg ngam.




hari khamis (14/8/2009) aku menghantar kawan aku shikin utk balik ke msia for good....maknanya balik terus ke msia. dia ni seoraang yg sgt simple...kalau nk
di ikutkan gaji hubby dia yg lumayan giler tu, tp aku tgk kehidupan dia sgt2 simple.....rase cam x percaya je dia camtu. dia ni seorg yg amat ikhlas bila berkawan dan sgt takut mengecewakan hati org lain.yg lg satu aku x percaya dia ni rupanya usia lebih tua dr aku tp pangainya amat manja ngan aku. segala hal dia mesti rujuk ngan aku....mcm la aku yg kakak heheh. tp xpe la aku x kisah...as long aku bole tlg aku tlg la. tp tu la teramat sedih sbb dia dah nak balik msia terus. harap hubungan kami akan terus berpanjangan insya allah.

Sunday, July 26, 2009

Mersal Village



dr kiri...aleya,atiqah,nana & hafiz



suka la tu nana, dpt naik motor kaler pink!



atiqah & aleya (anak2 ana, kawan aku)



aku dan kawan aku rozana ahmad zaini



pintu masuk ke jungle land, actually mersal village ni besar...macam2 tpt ada tp utk theme park ada ni aje.



berposing dulu sebelum masuk...hehe



wajah ceria anak2...

Kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti kami sekeluarga pada ujung minggu lepas(23julai) .Seperti yg di rancangkan lps aje selesai solat zuhur ,kami menuju ke serafi mall utk lunch kat sana....kih3x aku malas masak, kekeringan idea.... kat serafi tu ada byk food court, jln punye jln aku berkenan la ngan makanan morocco...bole tahan la sedapnye pastu lps aje masuk waktu asar aku pun g umah ana utk solat kat sana kerana aku dah janji ngan dia utk pegi bersama2 ke mersal village tu. setelah semua selesai solat kami pun bertolak ke sana. lebih kurang setgh jam perjalanan..kami pun sampai. hmmm....x ramai org tp cuaca panasss sgt. bayaran nak masuk je dah sr35/org...perghhh. pastu nk main permainan utk org dewasa je dah sr20/org. tp oleh sebab nk ilangkan gian nk pegang stereng aku main gak kete langgar2 tu..hmm aku x ingatla nama apa heheh. apa lagi x hengat dunia la aku...dok main langgar2 kete ngan laki aku...adoi la sakit pipi sebab asik gelak je.

kat situ aku tgk style dia cam genting ...sbb byk permainan utk org dewasa dan kanak2.tp xde la aku nak main sbb mahal beno bayarannya. so aku g aje la kat tpt permainan budak, itu pun sr10/org. kopak gak la poket laki aku..kui3x. ok la kawan2...layan aje la gamba2 ni.